Saturday 8 December 2012

Sistem Suria





  • Matahari berada di pusat Sistem Suria .
  • Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria .
  • Satelit semula jadi ialah objek yang bergerak mengelilingi planet .Bulan ialah satelit tunggal Bumi .
  • Meteor ialah ketulan batu yang terbakar     semasa bergerak melalui atmosfera Bumi.
  • Komet ialah gumpalan ais,gas beku dan habuk yang bergerak mengelilingi Matahari.
  • Asteroid ialah objek yang menyerupai batu mengelilingi Matahari .
  • Matahari adalah lebih kurang 100 kali ganda saiz Bumi.
  • Bumi adalah lebih kurang 4 kali ganda saiz Bulan .
  • Jarak dari Bumi ke Matahari adalah 400 kali ganda jarak dari Bumi ke Bulan .
  • Matahari ialah satu-satunya objek dalam Sistem Suria yang mengeluarkan cahaya dan haba .
  • Bumi terletak pada kedudukan yang paling sesuai dalam Sistem Suria untuk menyokong hidupan .
  • Bumi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk .


          Planet :
            1. Utarid          
            2. Zuhrah
            3. Bumi                          
            4. Marikh 
            5. Musytari                     
            6. Zuhal 
            7. Uranus                       
            8. Neptun 
            9. Pluto

1 comment:

  1. gambar sistem suria ini amat menarik dan berguna sebagai alat bantu mengajar .

    ReplyDelete